Bila jalan-jalan blogwalking, peluang aku akan jumpa blog yang menulis perihal sikap lelaki dan perempuan ialah 89.3%. Jangan tanya macam mana aku kira sebab cuma aku dan diri aku saja yang tahu.
Majoritinya kalau si perempuan akan menulis sikap lelaki begini begini begini, si lelaki pulak menulis perihal perempuan begitu begitu begitu. Begini begitu yang dimaksudkan rasanya korang pun tahu. Contohnya perempuan mengatakan lelaki adalah kaum yang gatal. Pantang nampak cleavage perempuan, pasti sampai juling dipandang. Lelaki pulak kutuk perempuan kaum yang sensitif. Pantang dikritik atau dikutuk akan merajuk tak tentu hala.
Well, itu apa yang aku jumpa dan baca. Korang aku tak tahu lah.
Actually, suatu yang normal bila sejenis kaum mahu dilihat lebih baik dari kaum lain. Macam kaum yang wujud di Malaysia. Melayu mahu dilihat lebih baik dari cina dan india. Juga sebaliknya. Samalah dengan lelaki dan perempuan. Dua-dua nak nampak dominant dan berkuasa. So bila jadi macam ni wujudlah keadaan di mana perempuan akan menegakkan benang yang separuh basah. Konon lelaki semuanya buruk diorang saja yang baik. Lelaki pun sama. Akan mengatakan perempuan jenis yang buruk-buruk manakala lelaki di pihak yang betul.
Kalau dilihat dari aspek masyarakat Malaysia, pemikiran macam ni berlaku atas dua sebab. Pertama, mentaliti masyarakat sendiri dan kedua, trauma dengan sejarah hidup sendiri. Mentaliti masyarakat kita adalah suka bercakap pasal keburukkan orang lebih dari kebaikkan sendiri. Konon bila bercakap pasal keburukkan boleh jadikan iktibar padahal nak jadikan bahan umpatan menambah sebaldi lagi dosa. Jadi bila keburukkan saja yang banyak diperkatakan, maka keburukkan jugalah yang lebih diingati. Lama-lama terus masyarakat dikaburi konon semua lelaki suka usha cleavage perempuan dan asyik ingat pasal seks 24 jam, perempuan pulak suka membazir duit dengan shopping dan suka cemburu buta. Padahal bukannya tiap saat lelaki nak usha cleavage Neelofa atau perempuan nak habiskan duit beli make up Mac.
Trauma dengan sejarah hidup sendiri ini perkara biasa. Contoh bila si gadis jumpa lelaki lalu dijadikan pakwe beliau. Sayang punya sayang sampai terlajak ke atas tilam atau dalam tandas. Mulalah mengandung dan si jantan apa lagi, angkat kaki dan lari. Lalu si gadis trauma dan terus cop semua lelaki hanya pikir pasal seks, seks dan seks! Pada hal dia main dengan sorang jantan ja. Bukannya semua jantan dekat dunia. Contoh lain bila si mamat ni couple dengan minah yang memang cemburu buta. Sampaikan sembang dengan classmate pun boleh buat perang. Lama-lama si lelaki jadi trauma dan terus labelkan semua perempuan kaki cemburu padahal baru couple dengan sorang awek je.
Bila situasi jadi macam ni, mulah tuduh menuduh berlaku. Perempuan tuduh lelaki begini begini. Lelaki kata perempuan begitu begitu. Pada hal, dalam sejuta lelaki mungkin 20 orang je yang kaki romen. Dalam dua juta perempuan, 40 orang je yang cemburu buta.
Tapi apa boleh buat. Masyarakat kita memang suka menutup kelemahan sendiri menggunakan kelemahan orang lain. Selagi mentaliti masyarakat macam ni, selagi tu wujud pemikiran yang lelaki semuanya begini, perempuan semuanya begitu. Pemikiran masyarakat sepatutnya mencari kelemahan diri sendiri dan diperbaiki. Bukannya guna kelemahan orang untuk cover kelemahan sendiri.
Akhir kata, dari asyik nak kutuk kaum bertentangan, lihat diri sendiri baru judge. Lebih adil dan saksama.
P/S: Korang akan lebih faham bila baca satu entry dekat Terfaktab.